Keputusan Memasuki Program Asasi UKM


Status keputusan permohonan kemasukan ke Program ASASI Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf boleh disemak bermula pukul 12 tengahari pada 7  Mei ini.

Calon-calon perlu mnyemak tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi di laman web ini http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran.
Calon-calon juga dikehendaki menyemak sebelum 15 Mei. 
#SKD : Tahniah la kepada sesiapa yang berjaya mendapat tawaran ke UKM. Bagi aku universiti ni boleh tahan lar. Tambahan pula, universiti awam, jadi yuran lebih murah sikit. Selamat berjaya semua. 

Posted by
Sharizam

More

Awal janji bahagiakan Scha

 

PUTRAJAYA: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari, sah menjadi suami kepada Scha Alyahya, selepas sekali lafaz di depan bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir Syed Kechik Alyahya di Hotel Pullman, malam tadi. 


Scha, yang juga Wajah Eksklusif Astro, anggun dengan persalinan putih polos rekaan Syaiful Baharim menerima mas kahwin RM2,050 selain hantaran tujuh dulang dan membalasnya sembilan dulang. Majlis itu turut disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Salman Idrus.
Majlis yang bertemakan tradisional itu turut dilangsungkan dengan majlis berinai. Pasangan sama cantik dan sepadan itu menggayakan rekaan busana paduan warna hitam dan hijau zamrud rekaan Rizman Ruzaini berkolaborasi dengan Atiqah’s Songket.Awal, 31, dan Scha, 29, yang berkenalan hampir tiga tahun agak bertuah apabila majlis bersejarah itu mendapat tajaan syarikat fotografi Candidsyndrome.com, videografi CST Production, kadkahwinku.com, Hotel Pullman, Jakel dan Ginvera Marketing Sdn Bhd. 

Awal berkata, beliau bersyukur perancangan perkahwinan itu berjalan lancar dan bertuah kerana ada pihak yang sudi menaja sekali gus memeriahkan hari bersejarah itu. 

“Bagaimanapun, kami masih mengeluarkan bajet sendiri untuk tempahan dewan, hidangan makanan dan perancang perkahwinan. 

“Tanggungjawab baru juga sudah digalas saya dan ia satu fasa permulaan baru buat kami. Insya-Allah, saya akan cuba menjadi suami yang terbaik buat Scha. 
“Saya yakin kami mampu melengkapi satu sama lain. Saya berjanji untuk sentiasa membahagiakan Scha, ” katanya. 

Esok, pasangan itu akan diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan menggayakan konsep serta rekaan Kotemporari Melayu hasil rekaan Syaiful Baharim dengan kerjasama Jakel.

SKD : Harap-harap 'kotemporari Melayu' bukan hanya pada nama je. Seperti yg kita selalu lihat trend artis sekarang akad nikahnya 'gaya' lain tapi bila majlis perkahwinan lain pulak gayanya. Moga perkahwinan ini mendapat keberkatan dan jauh daripada fitnah manusia sentiasa wujud di sekeliling masyarakat kita.

Posted by
Sharizam

More
Powered by Blogger.

Copyright © / Info@SembangKemaihDerr

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger